MASIH RALAT
Aku cuba menghubungi kawan-kawan yang masih bertugas di syarikat lama untuk bertanyakan apakah khabar seorang teman yang khabarnya di I.S.A kan oleh polis Bukit Aman.
"Bukankah engkau baik dengan 'K' dan selalu contact dia?" Itulah soalan atau jawaban yang dilontarkan kepadaku kembali.
Sebenarnya aku meninggalkan satu nostalgia di sana.
Namun, meskipun dahulu aku baik dan rapat dengan 'K' (bukan Dato' K) tetapi selepas lebih satu tahun aku meninggalkan organisasi itu aku hanya berhubungan dua atau tiga kali sahaja dengan 'K' sehinggalah pada malam Jumaat lalu ketika beberapa minit sebelum aku memasuki konti Radio IKIM.FM dimana aku menghantar SMS begini:
"Saya akan on air di Radio IKIM.FM jam 9.00 mlm ini!" Selepas itu aku mendapat jawaban dari 'K' begini:
"Syabas! Teruskan perjuangan mu!"
Aku dan 'K' mempunyai minat yang sama iaitu internet. Aku menulis buku dan meneroka pelbagai bisnes yang berkaitan internet tetapi 'K' lebih ke arah 'mengorek rahsia' terlebih jauh ke dalam internet. Aku lebih suka menghasilkan pulangan daripada hanya membuang masa tak membawa hasil.
Namun, begitu aku masih ralat apakah insan di dunia ini sudah hilang pertimbangan? Apakah nasib si anak kecil apabila kehilangan kasih sayang seorang ayah? Di manakah naluri kepimpinan dan Islam hadhari yang digembar-gemburkan selama ini?
Tanda ? yang besar masih membelengu diri ini!