Monday, April 30, 2007

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, 2006 Di PWTC

(Aktiviti menarik di Pesta Buku)

Sekarang ini sedang berlangsung Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2006 di PWTC. Saya turut berkesempatan mengunjungi pesta tersebut yang sememangnya kali ini diadakan secara besar-besaran.

Sempat juga saya singgah ke booth Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd. Khabarnya buku Blog, Blogger, Blogging laris. Ialah, sekarang ni pun tengah heboh pasal blog. Ramai blogger yang terpaksa berhati-hati sewaktu memblogging. Ada juga khabarnya disaman dek kerana menyentuh isu-isu panas!

Rugi rasanya kalau anda tidak mengambil kesempatan mengunjungi pesta yang dianjurkan setiap tahun ini. Banyak faedahnya. Tidak semestinya anda perlu membeli buku-buku tetapi anda boleh mendapat ilmu dan pendedahan yang berguna untuk bisnes anda. Saya misalnya tidak membeli walau senaskah buku tetapi mendapat banyak idea buat bisnes! Tentunya di internet. Tidak boleh beritahu apa yang saya fikirkan. Masih rahsia...pokoknya idea bisnes yang saya fikirkan itu memang ada niche!

(Buku Blog, Blogger, Blogging)

Bagaimana pun di sini saya ingin berkongsi idea dengan anda. Saya telah ke gerai Sirim dan beberapa gerai universiti-universiti tempatan. Banyak juga katalog buku yang saya kumpulkan. Tergerak di fikiran mengapa agensi ini tidak memasarkan penerbitan mereka di internet? Khabarnya banyak juga stok yang masih disimpan tidak laku!

Apa kata kalau kita pakat buka satu laman web jual semua penerbitan-penerbitan dari UM, UKM, UPM dan lain-lain supaya seluruh dunia boleh mendapatkannya secara online?

Thursday, April 26, 2007

Simpan Diari Anda, Mungkin Boleh Buat Duit!


Anna Nicole Smith's innermost thoughts might end up on someone's bedside table after all.

A week after some of the Playboy Playmate's personal effects were auctioned off online, a Dallas recording company executive forked over $59,750 for two diaries kept by Smith in the early 1990s that had previously failed to sell.

"We had two collectors who wanted to buy them, and the Dallas man took time from his busy recording schedule to be the first to send the money," Doug Norwine, director of music and entertainment memorabilia at Heritage Auction Galleries, told the Associated Press.

Heritage was retained to auction the items by an unidentified German businessman who reportedly purchased the mementos from eBay last month for more than $500,000.

Both journals, which contain entries that reflect Smith's anxieties about her weight, the beginning of her modeling career and her relationship with elderly hubby J. Howard Marshall II, were priced at a minimum of $25,000 apiece.

The initial auction went ahead Apr. 16 despite Howard K. Stern's objections that the diaries were stolen from his late girlfriend's estate, although Stern's objections purportedly led to two potential bidders' decision not to buy the hand-penned diaries.

Norwine maintained throughout the proceedings that all of the materials up for sale were legitimately obtained, as far as he knew, from a Los Angeles-based celebrity memorabilia dealer before they ended up on eBay. The belongings on the block included canceled checks, shopping receipts and ID cards, as well as the spiral-bound notebooks Smith once used to chronicle her thoughts.

The reality-TV star died Feb. 8 of an accidental prescription drug overdose. On Wednesday, a Bahamian judge gave confirmed baby daddy Larry Birkhead permission to return to the United States with their infant daughter, Dannielynn, although the L.A. photographer has not yet been given full custody of the child.

(Dipetik Dari www.eonline.com)

Sunday, April 22, 2007

Hire Me On eBay



Apa pendapat anda tentang perempuan ini yang menjual dirinya di eBay? Hmm...publisiti murahan! Anyway, anda boleh mempelajari sesuatu tentang eBay di sini.

Lawatan Ke Kilang Coklat



Sejak dua minggu lepas lagi isteri saya sudah meminta supaya 22 April agar saya tidak bekerja. Projek di Bukit Jalil sudah mencapai peringkat kerja-kerja arkitektural dan kemasan. Manakala spaceframe untuk bumbung sedang dipasang. Engineer Effi kadangkala tak cukup tangan dan memaksa saya perlu datang bekerja walaupun hari Ahad.


Bukan apa, cuma saya diminta tolong memastikan keselamatan, memerhati dan mengawasi telatah dan karenah budak-budak Tadika Sri Impiana Ria milik isteri saya yang mengadakan acara lawatan ke sebuah kilang coklat di Seri Kembangan. Selepas itu ke The Mines Wonderland.


Cikgu-cikgu pun turut serta. Tapi saya lihat Cikgu-cikgu lagi bersemangat dari budak-budak. Siap pakai sedondon lagi you!

Hari ini terpaksalah saya hadkan masa menghadap komputer.

Menunggu Fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan

Sekarang ni tengah kecoh pasal pelaburan di internet. Majlis Fatwa sudah mengeluarkan fatwa menyatakan HARAM hukumnya melabur di internet kerana sumber pelaburannya tidak jelas.

Maka ramailah para pelabur skim pelaburan di internet sekarang ini yang sedang panas punggung. Khabarnya ada yang rugi puluhan ribu ringgit dalam sekelip mata gara-gara kerajaan bertindak tegas terhadap penganjur skim ini.

Ketika ditemu ramah oleh Ustaz Zamri Zainal Abidin di radio IKIM.FM tempoh hari saya telah ditanya tentang pendapat saya mengenai skim pelaburan di internet ini. Dari situ saya melihat sememangnya terdapat perancangan yang teratur untuk menyekat skim pelaburan tersebut. Jawaban saya mudah:

"Skim pelaburan di internet itu mempunyai 100% risiko tetapi pulangannya 300%. Jika pelabur memikirkan tentang risiko maka sudah tentu mereka tidak akan melabur. Tetapi jika mereka memikirkan tentang pulangan sudah tentu mereka akan melabur sebanyak yang boleh tetapi mereka harus ingat pelaburan mereka adalah berisiko 100%!"

Malam kelmarin saya berkesempatan minum bersama seorang jiran taska isteri saya di kedai mamak. Teman seorang ini sedang sibuk dengan bisnes internet Em-Pay. Sempat juga beliau mempromosikannya bisnes itu kepada saya. Malah saya diberi risalah tebal percuma untuk dibaca di rumah.

Saya hanya menyatakan Insya Allah. Saya melihat sekarang ini sudah menjadi satu trend untuk orang ramai di Malaysia cenderung mencari sumber pendapatan sampingan. Sudah tentu mereka mencari peluang yang mudah dan murah. Juga menjanjikan pulangan lumayan tanpa bekerja keras. Seperti teman tadi, beliau sedang menunggu beberapa bulan lagi untuk menjadi jutawan internet!

Saya tidak mahu mengulas tentang bisnes yang beliau jalankan. Apa yang saya ingin ulas ialah tentang kecenderungan ramai orang sudah mula terbuka mata melihat internet sebagai peluang buat duit. Pada saya sebenarnya tiada jalan mudah untuk menjadi jutawan internet. Mereka mesti bekerja keras. Dan yang paling penting di dalam bisnes internet ini ialah PROMOSI. 80% dalam usaha mencapai kejayaan dalam perniagaan internet ini ialah dengan menjalankan pelbagai aktiviti promosi.

Seperkara yang harus diingat ialah, kos menjalankan aktiviti promosi inilah yang menjadi satu beban kepada usahawan kecil. Oleh kerana itulah saya memilih satu sistem yang dapat mengelakkan saya membuat promosi. Saya memilih eBay.com. Semua orang sudah tahu eBay adalah satu organisasi yang besar. Saya tidak perlu lagi mempromosikan bisnes saya kerana pelanggan sudah sedia menunggu produk yang saya senaraikan di eBay!

Tentang teman tadi, beliau sempat memperlihatkan perasaan kecewanya dengan tindakan kerajaan terhadap skim pelaburan internet ini. Katanya kerajaan dan Majlis Fatwa hanya melihat kuman di seberang lautan sedangkan gajah di depan mata tidak nampak. Katanya mengapa Majlis Fatwa sampai kini lemah lesu dan longlai untuk mengisytiharkan status pelaburan ASB, ASN, dan banyak lagi saham amanah sebagai HARAM atau sebaliknya. Jika HALAL mengapa sehingga kini tidak wujud Lembaga Pengawasan Syariah terhadap pelaburan itu?

Juga beberapa ekor gajah yang Majlis Fatwa tidak lihat ialah MAGNUM, TOTO dan DA MA CAI! Mengapa sehingga kini tiada tindakan ke atas bisnes perjudian ini? Apakah ia HALAL? Apakah jumlah pelaburan yang hangus di pusat perjudian ini sedikit jika dibandingkan jumlah pelaburan di skim pelaburan internet?
"
Saya cabar Najib declare status ASB, MAGNUM dan TOTO" Teman tadi menghempas tangan ke meja dengan geram. Saya hanya terdiam.

Thursday, April 19, 2007

Telefon Bimbit Mengkayakan Anda?

Hari ini boleh dikatakan hampir semua orang memiliki telefon bimbit. Ia telah menjadi satu alat komunikasi yang wajib dimiliki. Malah siswa universiti yang berhutang wang PTPTN pun mampu memiliki telefon bimbit.

Hari ini telefon bimbit digunakan untuk berkomunikasi dengan pelanggan, teman, ahli keluarga dan sebagainya. Syarikat pengendali telefon bimbit di negara ini kaya raya hasil penggunaan telefon dan SMS. Malah kemudahan SMS juga telah mempopularkan pelbagai program realiti di TV.

Saya fikir Mawi tidak akan popular jika tiada SMS. Suki tak akan jadi jutawan jika tiada SMS. Pendek kata hari ini semua orang mesti memiliki telefon bimbit dan menggunakannya untuk berkomunikasi dan menghabiskan wang!

Pernahkah anda terdengar telefon bombit boleh menghasilkan wang? Terasa janggal benar soalan itu bukan. Ya, memang benar telefon bimbit boleh menghasilkan pulangan wang kepada pemiliknya jika mereka tahu menggunakannya. Saya pernah dimaklumkan bahawa kad prabayar telefon bimbit berharga RM30 itu sebenarnya hanyalah bernilai RM8 sahaja. Ini maknanya terlalu banyak pihak yang buat untung dari duit pengguna telefon.

Terdapat sebuah syarikat yang melihat peluang menjadikan telefon bimbit boleh menjadi alat menghasilkan pulangan. Lebih menarik syarikat ini menggabungkan teknologi internet dan teknologi SMS sebagai satu alat menghasilkan pulangan. Melalui khidmat kemasyarakatan, syarikat ini menggalakkan orang ramai menggunakan SMS dan secara langsung memenuhkan kantung mereka. Pernah mendengar DAPAT (32728)? Pernah dengar program Rakan Cop dan program menghantar gambar dari telefon bimbit ke akhbar-akhbar harian? Syarikat ini kaya raya kerana menganjurkan program-program sedemikian.

Malangnya kita sebagai pengguna terpaksa menambah kredit atau membayar bil telefon bimbit kita untuk mengkayakan orang lain. Itulah akibatnya jika kita memilih untuk menjadi pengguna dan bukannya memilih untuk menjadi pengusaha!

Wednesday, April 18, 2007

Satu Cara Memanfaatkan Blog


Hari ini blog sudah menjadi satu fenomena. Semua orang ingin membina blog. Maka lahirlah berjuta-juta blog setiap hari. Malangnya, menurut satu kajian terdapat lebih dari 1 juta blog yang dibina ditinggalkan selepas dibina!


(Bersama Sultan Muzaffar di Astro)



Mengapa terjadi demikian? Menjadi seorang blogger sebenarnya memerlukan disiplin diri yang tinggi. Blogger perlu banyak mengkaji dan membaca untuk mencari idea dan ilham untuk dijadikan bahan di dalam tulisan mereka. Jadi bukankah ini satu perkara yang membebankan sedangkan pulangannya tidak seberapa. Benarkah begitu?

Baru-baru ini saya menemui seorang blogger yang terkenal. Saudara Muzaffar Musfapha atau dikenali juga sebagai Sultan Muzaffar. Beliau adalah seorang blogger yang mengkhususkan blognya dengan mengkritik program realiti Akademi Fantasia. Anda boleh ke blog beliau di sini. Blog beliau mendapat kunjungan purata 5000 hits sehari! Pernah satu ketika blog beliau mendapat 9000 hits sehari.

Di dalam buku kedua saya yang bertajuk Blog, Blogger, Blogging terdapat banyak petua bagaimana menjadikan sebuah blog sebagai sebuah mesin menghasilkan pulangan. Sungguh praktikal. Sultan Muzaffar telah membuktikannya. Malah blog yang sedang anda layari ini juga sebenarnya menghasilkan pulangan kepada saya!

Selain berniaga di eBay atau membina laman web perniagaan (menjual produk di internet), sebenarnya blog boleh menghasilkan pulangan kepada blogger walaupun mereka tidak berbuat apa-apa. Bagaimana? Tahukah anda iklan yang terdapat di bahagian bawah blog yang sedang anda layari ini sebenarnya menghasilkan pulangan kepada saya. Jika anda mengklik iklan tersebut, sejumlah kecil wang akan dikreditkan ke dalam akaun saya di Bidvertiser. Jika satu klik saya memperolehi 20 sen, bagaimana jika keempat-empat iklan tersebut diklik oleh 100 orang pengunjung?

Program pengiklanan Pay Per Click adalah satu cara paling mudah untuk memanfaatkan blog yang dibina. Sebenarnya banyak lagi panduan dan petua yang amat praktikal dan luarbiasa boleh anda perolehi di dalam buku Blog, Blogger, Blogging. Selamat membina blog anda sendiri dan dapatkan pulangan.

Tuesday, April 17, 2007

Pilih: Jurutera Atau eBay Powerseller


Saya ditanya oleh seorang sahabat: Kamu nak jadi jurutera atau eBayer Powerseller? Satu soalan cepu emas!

(Sedang mengawasi aktiviti pembinaan di tapak projek)

Sebenarnya saya suka kedua-duanya sekali. Jurutera adalah satu profession yang sangat menarik dan mencabar. Kini telah lebih dua belas tahun saya bekerja sebagai seorang jurutera dengan beberapa buah syarikat seperti bersama pemaju perumahan, kontraktor, syarikat perunding kejuruteraan, pengendali pelabuhan dan terkini bersama sebuah syarikat pembinaan Bumiputera Kelas A.

Terlalu banyak pengalaman yang telah ditimba. Yang menarik di sini ialah penghormatan dan pengiktirafan sebagai seorang professional yang diterima dari pelbagai lapisan masyarakat terhadap seorang jurutera adalah sesuatu yang membanggakan.

Meskipun begitu, dalam soal kewangan, seorang jurutera tidak mempunyai kebebasan. Maksud saya tiada kebebasan untuk memperolehi pendapatan tanpa had.

Ini berbeza apabila saya menjadi eBayer. Satu kepuasan dan perasaan yang amat indah dan menyeronokkan dirasai apabila barang yang kita jual di eBay mendapat bidaan dari pembeli yang datangnya dari seluruh dunia. Yang paling menarik ialah untung yang diperolehi sungguh luarbiasa.

Sesiapa yang belum mencuba pasti merasa hairan bagaimana kita boleh menjana wang dari eBay. Sebenarnya ia sangat mudah dan tidak memerlukan modal yang besar. Yang penting kita tahu apa yang kita buat. Tahu selok-belok dan trick dalam permainan eBay ini adalah satu perkara yang amat penting.

Dalam soal kewangan, saya lebih seronok bersama eBay daripada makan gaji sebagai seorang jurutera. Saya boleh memperolehi keuntungan separuh dari gaji saya sebulan hanya dengan menjual produk tertentu di eBay.

Saya bebas bekerja dari rumah, tiada tanggungjawab dan beban tugas dari majikan. Tiada dateline, tiada kesesakan dan tiada tol!

Sunday, April 15, 2007

Pelancaran Siri Buku Puisi Tanah Suci




Semalam saya berpeluang menyaksikan Konsert lagu-lagu Puisi yang dilangsungkan di MATIC, Kuala Lumpur. Sebelum itu satu majlis ringkas pelancaran satu siri buku Puisi Tanah Suci hasil tulisan Isa Kamari dilangsungkan dengan disempurnakan oleh Mufti Kemboja.

Setelah selesai, Isa Kamari bersama kumpulan SirrFillSirr (Rahsia dalam Rahsia) mempersembahkan konsert lagu-lagu puisi. Lagu pertama mereka berjudul Zikir Kota. Memang hebat.

Selesai majlis, penonton dijamu dan berpeluang mendapatkan buku-buku terbitan Al_Ameen dan juga CD muzik The Abonation yang unik, menarik dan mistik! Kumpulan ini juga sebentar tadi menjadi band jemputan. Mereka mempersembahan sebuah lagu yang sangat mengasyikkan dan hebat. Hebat, memang hebat kumpulan ini. Malangnya semalamlah pertama kali saya mendengar nama kumpulan ini. Rugi sesiapa yang tidak mendengar muzik mereka. Memang hebat.

Friday, April 13, 2007

Mimpi Bakal Menjadi Kenyataan!

Wah! Teman kita ni, Engineer Efferaiza dah pakai kereta baru. Ialah, kereta lama Daihatsu Charade Aura tu dah habis bayar. Sekarang dah tukar Naza Citra. Pagi tadi datang kerja bau getah dan bau kedai masih lekat kat badan! Itulah rezeki murah namanya.

Kereta Mazda RX8 saya masih tersadai kat port sebab dokumen Kastam tak clear lagi! Dah lama tunggu sampai dah dua tiga kali mimpi pandu Mazda RX8 tu! Apa nak buat. Mimpi ajelah dulu. Insya Allah ada rezeki satu hari nanti saya akan pandu kereta tu jugak!

Bilangan peserta kursus Klik Kaya Di eBay semakin bertambah. Rupanya sungguh ramai di luar sana yang berminat mempelajari bagaimana menghasilkan wang dari eBay. Baguslah kerana sudah ramai orang kita yang sudah sedar. Daripada membuang masa di kafe siber tanpa menghasilkan faedah kini sudah ramai yang mampu menjana pendapatan yang tidak mustahil melalui eBay.

Cuma, yang masih kurang faham baguslah belajar. Kata orang tua-tua belajar ni kena ada guru. Setakat membaca buku atau dapat maklumat dari internet masih kurang membantu. Jika berguru, insya Allah segala selok-belok, liku dan jurang dalam perniagaan ini dapat diketahui. Itulah yang saya alami sendiri pada peringkat awal. Akaun eBay digantung dalam tempoh tertentu kerana melanggar peraturan. Bila dah kena, barulah sedar betapa penting berguru. Universiti KongSiKong boleh membantu.

Thursday, April 12, 2007

Teringat Motorsikal Arwah Ayah Yamaha 100 c.c

Seorang pesara Kastam telah menghubungi saya bertanyakan kursus Klik Kaya Di eBay. En. Rahman sedang dalam perjalanan pulang dari Kedah ketika mendengar saya bersiaran di Radio IKIM.FM yang membincangkan buku Klik Untuk Kaya dahulu.

Apa yang membuatkan En. Rahman menghubungi saya? Katanya beliau tertarik dengan cerita di mana kita boleh menjual kereta atau alat ganti kereta di eBay Motor. Beliau menceritakan satu peristiwa ketika mengikuti teman ke sebuah pameran kereta vintaj di Johor. Ketika itu terdapat sebuah kereta vintaj Roll Royce yang dijual dengan agak murah. Kereta itu terus dibeli oleh seorang Sikh.

En. Rahman lalu bertanya kepada Sikh itu apakah tujuan beliau membeli kereta vintaj Roll Royce itu. Jawaban yang diberikannya ialah beliau akan menjual semula kereta itu di internet! Ya, sudah pasti di eBay.

Saya yakin Sikh itu pasti akan memperolehi keuntungan yang lebih jika melelongnya di eBay kerana terdapat ramai peminat kereta vintaj di seluruh dunia khususnya dari model Roll Royce.

Mendengar cerita En. Rahman yang baru pulang dari berekpedisi 4x4, mengingatkan saya kepada sebuah motorsikal antik Yamaha 100 c.c milik arwah ayah yang tersadai di bawah rumah di kampung! Kalau di lelong di eBay mungkin boleh buat duit!

Wednesday, April 11, 2007

Rambut Britneys Spears Di eBay



Britney Spears' Hair Being Sold And Bidding Starts At $1 Million Dollars

Britney Spears' freshly-shorn hair is being sold on a website specifically set up to auction her locks - with bidding starting at $1 million. The website, BuyBritneysHair.com, claims to have been set up by Esther Tognozzi, the owner of Los Angeles' Esther's Hair Studio, where Spears cut off her hair on Friday. - Sumber: Internet

Kerani Pandu Mazda RX8!


Satu cerita menarik ingin saya kongsikan dengan anda. Anak saudara seorang sahabat telah berjaya di dalam perniagaan eBay.

Beliau seorang wanita berusia tiga puluhan dan bekerja sebagai kerani di JKR. Percayakah anda seorang kerani mampu memiliki sebuah kereta mewah Mazda RX8 yang berharga hampir RM200,000! Ya, ini kisah benar yang ingin saya kongsikan dengan anda di sini.

Menurut sahabat saya ini, pada mulanya semua orang termasuk beliau sendiri menyangkakan anak buah mereka itu tentulah seorang profesional atau paling rendah seorang pengurus. Tetapi jika pengurus pun bukanlah mudah untuk memiliki dan memandu sebuah kereta mewah.

Mengikut ceritanya, pihak majikan beliau juga pada mulanya mengsyaki beliau melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang. Masakan tidak, seorang kerani JKR boleh memiliki sebuah kereta mewah. Beliau dipanggil dan disiasat untuk mengetahui dari manakah beliau mendapat wang untuk membeli kereta mewah.

Akhirnya, semua cerita terbongkar. Beliau membuat pengisytiharan harta dan mengemukakan segala bukti yang ada bahawa sebenarnya beliau menjalankan perniagaan di eBay di luar waktu bekerja. Malah beliau juga meyakinkan majikannya bahawa perniagaan yang beliau jalankan itu sama sekali tidak menggangu tanggungjawab dan tugasnya di pejabat.

Mendengar cerita sahabat itu telah menarik perhatian saya. Sebenarnya terdapat di luar sana yang telah mendapat hasil yang lumayan dari eBay. Mereka hanya mendiamkan diri dan tidak mahu berkongsi maklumat.

Saya akan cuba menghubungi dan menjemput anak buah sahabat tadi untuk hadir berkongsi pengalaman di dalam kursus "Klik Kaya Di eBay" kelak. Jika ada rezeki peserta kursus boleh mendengar sendiri pengalaman istimewa dari silent ebayer tersebut dan mungkin boleh cuba bergambar bersamanya di samping kereta mewah Mazda RX8 beliau!

Lampu Antik

Dua hari lepas seorang pendengar radio IKIM.FM yang mendengar saya bersiaran dahulu menelefon saya. Rafi dari Pulau Pinang. Beliau bertanyakan soalan bagaimana mendapatkan buku Klik Untuk Kaya dan juga bagaimana menghadiri kursus Klik Kaya Di eBay.

Seperkara yang menarik perhatian saya beliau menyatakan beliau baru menerima sebuah lampu antik berusia 200 tahun. Rupa-rupanya beliau pengumpul barangan antik. Lampu yang dimaksudkan ialah sebuah lampu yang digunakan oleh pelombong yang menggunakan parafin sebagai bahanapi untuk menyalakannya.

Dalam hati saya berkata-kata, barang antik berusia 200 tahun boleh mencecah puluhan ribu ringgit di eBay! Itupun kalau pemiliknya tahu nilainya dan tahu di mana nak menjualnya. Kalau pandai boleh letak 'reserve price' dan ini memaksa pembeli meletakkan bidaan yang tinggi. Boleh capai ratusan ribu!

Saya memberikan maklumat bagaimana Rafi boleh mendapatkan penerangan lanjut tentang eBay. Universiti KongSiKong insyaAllah boleh membantu. Saya ingin sekali melihat lampu antik itu dan menunggu Rafi mendaftar kursus "Klik Kaya Di eBay".

Tuesday, April 10, 2007

Di Manakah Boleh Dapat Untung Sebanyak Ini?

Sekali lagi saya berjaya menjual satu produk dan memperolehi keuntungan melebihi RM500. Kali ini bungkusan produk itu saya kirimkan kepada Zubair Hashmi, Sydney, Australia.

Memang sukar dipercayai tetapi tidak mustahil. Dengan bermodalkan hanya RM170, produk itu dijual di eBay dengan harga melebihi RM700! Shipping cost hanya RM18.60.

Semakin hari semakin seronok tapi ada perasaan bimbang kalau-kalau terjadi 'kantoi' seperti kes kawan kita tu! Back up kena ada beb! Jika ada apa-apa berlaku, akaun lain mesti diaktifkan segera!

Saya tertarik dengan power seller dalam video klip tu. Daun kering (sampah) pun boleh dijual di eBay! Inikan pulak kalau kita boleh jumpa satu produk yang hebat dan berkualiti. Kena study betul-betul baru boleh success. Power seller dari Thailand tu memang hebat. Jual barangan perak boleh employ 50 orang pekerja. Perempuan pulak tu. Kalau diaorang boleh mengapa pulak kita tidak?

Monday, April 9, 2007

MASIH RALAT

Aku cuba menghubungi kawan-kawan yang masih bertugas di syarikat lama untuk bertanyakan apakah khabar seorang teman yang khabarnya di I.S.A kan oleh polis Bukit Aman.

"Bukankah engkau baik dengan 'K' dan selalu contact dia?" Itulah soalan atau jawaban yang dilontarkan kepadaku kembali.

Sebenarnya aku meninggalkan satu nostalgia di sana.

Namun, meskipun dahulu aku baik dan rapat dengan 'K' (bukan Dato' K) tetapi selepas lebih satu tahun aku meninggalkan organisasi itu aku hanya berhubungan dua atau tiga kali sahaja dengan 'K' sehinggalah pada malam Jumaat lalu ketika beberapa minit sebelum aku memasuki konti Radio IKIM.FM dimana aku menghantar SMS begini:

"Saya akan on air di Radio IKIM.FM jam 9.00 mlm ini!" Selepas itu aku mendapat jawaban dari 'K' begini:

"Syabas! Teruskan perjuangan mu!"

Pada tengahari keesokan harinya aku menerima berita mengejutkan dari seorang teman menyatakan 'K' telah di I.S.A.

Aku dan 'K' mempunyai minat yang sama iaitu internet. Aku menulis buku dan meneroka pelbagai bisnes yang berkaitan internet tetapi 'K' lebih ke arah 'mengorek rahsia' terlebih jauh ke dalam internet. Aku lebih suka menghasilkan pulangan daripada hanya membuang masa tak membawa hasil.

Namun, begitu aku masih ralat apakah insan di dunia ini sudah hilang pertimbangan? Apakah nasib si anak kecil apabila kehilangan kasih sayang seorang ayah? Di manakah naluri kepimpinan dan Islam hadhari yang digembar-gemburkan selama ini?

Tanda ? yang besar masih membelengu diri ini!

Sunday, April 8, 2007

OH! I.S.A!

Perkhabaran terbaru yang ku terima pada 6 April amat memeranjatkan. Seorang bekas kawan sepejabat yang juga seorang jurutera awam yang sama-sama bertugas di syarikat lama telah ditangkap dan ditahan di bawah I.S.A.

Isteri kawan tadi menemui seorang lagi kawan dan memaklumkan perkara ini. Atas kesalahan apa masih belum jelas.

Kawan yang seorang ini memang terkenal hebat dengan kepakarannya sebagai penggodam sistem komputer tetapi rasa-rasanya tidak mungkin atas kesalahan itu beliau ditahan di bawah I.S.A. Saya hanya boleh menduga mungkin kerana bahana menyalahguna kebebasan bersuara melalui blog atau forum di internet yang mungkin menyentuh rahsia kerajaan. Sementelah sejak kebelakangan ini banyak sangat ahli-ahli politik yang panas punggung dek gara-gara berita-berita yang disebarkan melalui blog.

Saranan saya semoga beliau tabah dan bertenang. Kepada keluarga beliau saya mendoakan dan berharap agar tenang dan bersabar menempuh dugaan itu. Berdoalah kerana Allah s.w.t mendengar dan memakbulkan doa orang-orang yang teraniaya.

Saturday, April 7, 2007

Sekadar Mencoret: Kantoi

Sekadar Mencoret: Kantoi

HARI BERSEJARAH DI RADIO IKIM.FM


Pertama kali menjejakkan kaki ke dalam konti Radio IKIM.FM agak mendebarkan. Maklumlah sebentar lagi aku akan on air! Tepat jam 9.04 malam Ustaz Zamri Zainal Abidin, Juruhebah Radio IKIM memulakan slot Duniaku Buku dan memperkenalkan aku.

Setelah bersembang di udara bersama Ustaz Zamri Zainal Abidin tidak kusedari masa berlalu begitu pantas. Rupanya rancangan selama 50 minit sudah hampir sampai ke penghujung. Aku diberikan masa untuk memberikan sedikit ucapan:

(Saya bersama Ustaz Zamri Zainal Abidin, Juruhebah Radio IKIM.FM di dalam Konti)

"Jika dicontohi junjungan besar kita Rasullullah S.A.W, Baginda juga adalah seorang usahawan. Baginda berdagang dari Mekah ke Madinah dan ke negeri Syam yang memakan masa berbulan-bulan. Hari ini manusia boleh melakukan urusniaga hanya dalam masa beberapa saat secara online. Mengapa kita tidak merebut peluang menjadi usahawan internet? Sedangkan agama kita menggalakkan kita menjadi usahawan?"

Selepas rancangan berakhir, telefon bimbitku sudah dipenuhi dengan SMS dan tidak putus-putus berbunyi dari para pendengar yang inginkan maklumat lanjut bagaimana mendapatkan buku dan menghadiri kursus "Klik Kaya Di eBay". Insya Allah maklumat buku dan kursus akan disampaikan segera kepada yang bertanya.

Friday, April 6, 2007

YANG MASIH MENANTI!

Yang satu ini masih menanti giliran yang belum kunjung tiba untuk beralih tuan. Berkali sudah ku 'listingkan' namun hanya mengabih bogheh!!!

Aku yakin produk ni memang bagus dan berkualiti tetapi mungkin harga awal yang aku letak tu agak tinggi. Bila dicampur dengan shipping cost jadi ia tak berbaloi kepada pembeli. Tapi tak apa, aku akan cuba jugak jual produk ni sampai terjual!!

LAGI BERBALOI!!


Wah! Rupanya yang ini lagi berbaloi. Tak sangka Massimo Giulio Salvato dari Rome, Itali terpana membida jam tangan hebat ini. Untung 200%. Thank you Mr. MG Salvato!

EBAY DUNIA BARUKU


Dengan semangat berkobar kucoba mengaktifkan semula akaun eBayku yang lama tidak kujengah. Berbaloi jugak bila ada orang US membida gelang Zhulian bersadur emas 24 karat dengan harga US$150!
Orang rumah pun naik minyak jugak nampak!!! Habis Tupperware dan barang Zhulian nak dilelong di eBay!!! Thank you Mr. Tahseen Malik dari California, USA. Very happy deal with you!