Thursday, April 12, 2007

Teringat Motorsikal Arwah Ayah Yamaha 100 c.c

Seorang pesara Kastam telah menghubungi saya bertanyakan kursus Klik Kaya Di eBay. En. Rahman sedang dalam perjalanan pulang dari Kedah ketika mendengar saya bersiaran di Radio IKIM.FM yang membincangkan buku Klik Untuk Kaya dahulu.

Apa yang membuatkan En. Rahman menghubungi saya? Katanya beliau tertarik dengan cerita di mana kita boleh menjual kereta atau alat ganti kereta di eBay Motor. Beliau menceritakan satu peristiwa ketika mengikuti teman ke sebuah pameran kereta vintaj di Johor. Ketika itu terdapat sebuah kereta vintaj Roll Royce yang dijual dengan agak murah. Kereta itu terus dibeli oleh seorang Sikh.

En. Rahman lalu bertanya kepada Sikh itu apakah tujuan beliau membeli kereta vintaj Roll Royce itu. Jawaban yang diberikannya ialah beliau akan menjual semula kereta itu di internet! Ya, sudah pasti di eBay.

Saya yakin Sikh itu pasti akan memperolehi keuntungan yang lebih jika melelongnya di eBay kerana terdapat ramai peminat kereta vintaj di seluruh dunia khususnya dari model Roll Royce.

Mendengar cerita En. Rahman yang baru pulang dari berekpedisi 4x4, mengingatkan saya kepada sebuah motorsikal antik Yamaha 100 c.c milik arwah ayah yang tersadai di bawah rumah di kampung! Kalau di lelong di eBay mungkin boleh buat duit!