Wednesday, April 18, 2007

Satu Cara Memanfaatkan Blog


Hari ini blog sudah menjadi satu fenomena. Semua orang ingin membina blog. Maka lahirlah berjuta-juta blog setiap hari. Malangnya, menurut satu kajian terdapat lebih dari 1 juta blog yang dibina ditinggalkan selepas dibina!


(Bersama Sultan Muzaffar di Astro)



Mengapa terjadi demikian? Menjadi seorang blogger sebenarnya memerlukan disiplin diri yang tinggi. Blogger perlu banyak mengkaji dan membaca untuk mencari idea dan ilham untuk dijadikan bahan di dalam tulisan mereka. Jadi bukankah ini satu perkara yang membebankan sedangkan pulangannya tidak seberapa. Benarkah begitu?

Baru-baru ini saya menemui seorang blogger yang terkenal. Saudara Muzaffar Musfapha atau dikenali juga sebagai Sultan Muzaffar. Beliau adalah seorang blogger yang mengkhususkan blognya dengan mengkritik program realiti Akademi Fantasia. Anda boleh ke blog beliau di sini. Blog beliau mendapat kunjungan purata 5000 hits sehari! Pernah satu ketika blog beliau mendapat 9000 hits sehari.

Di dalam buku kedua saya yang bertajuk Blog, Blogger, Blogging terdapat banyak petua bagaimana menjadikan sebuah blog sebagai sebuah mesin menghasilkan pulangan. Sungguh praktikal. Sultan Muzaffar telah membuktikannya. Malah blog yang sedang anda layari ini juga sebenarnya menghasilkan pulangan kepada saya!

Selain berniaga di eBay atau membina laman web perniagaan (menjual produk di internet), sebenarnya blog boleh menghasilkan pulangan kepada blogger walaupun mereka tidak berbuat apa-apa. Bagaimana? Tahukah anda iklan yang terdapat di bahagian bawah blog yang sedang anda layari ini sebenarnya menghasilkan pulangan kepada saya. Jika anda mengklik iklan tersebut, sejumlah kecil wang akan dikreditkan ke dalam akaun saya di Bidvertiser. Jika satu klik saya memperolehi 20 sen, bagaimana jika keempat-empat iklan tersebut diklik oleh 100 orang pengunjung?

Program pengiklanan Pay Per Click adalah satu cara paling mudah untuk memanfaatkan blog yang dibina. Sebenarnya banyak lagi panduan dan petua yang amat praktikal dan luarbiasa boleh anda perolehi di dalam buku Blog, Blogger, Blogging. Selamat membina blog anda sendiri dan dapatkan pulangan.