Thursday, April 19, 2007

Telefon Bimbit Mengkayakan Anda?

Hari ini boleh dikatakan hampir semua orang memiliki telefon bimbit. Ia telah menjadi satu alat komunikasi yang wajib dimiliki. Malah siswa universiti yang berhutang wang PTPTN pun mampu memiliki telefon bimbit.

Hari ini telefon bimbit digunakan untuk berkomunikasi dengan pelanggan, teman, ahli keluarga dan sebagainya. Syarikat pengendali telefon bimbit di negara ini kaya raya hasil penggunaan telefon dan SMS. Malah kemudahan SMS juga telah mempopularkan pelbagai program realiti di TV.

Saya fikir Mawi tidak akan popular jika tiada SMS. Suki tak akan jadi jutawan jika tiada SMS. Pendek kata hari ini semua orang mesti memiliki telefon bimbit dan menggunakannya untuk berkomunikasi dan menghabiskan wang!

Pernahkah anda terdengar telefon bombit boleh menghasilkan wang? Terasa janggal benar soalan itu bukan. Ya, memang benar telefon bimbit boleh menghasilkan pulangan wang kepada pemiliknya jika mereka tahu menggunakannya. Saya pernah dimaklumkan bahawa kad prabayar telefon bimbit berharga RM30 itu sebenarnya hanyalah bernilai RM8 sahaja. Ini maknanya terlalu banyak pihak yang buat untung dari duit pengguna telefon.

Terdapat sebuah syarikat yang melihat peluang menjadikan telefon bimbit boleh menjadi alat menghasilkan pulangan. Lebih menarik syarikat ini menggabungkan teknologi internet dan teknologi SMS sebagai satu alat menghasilkan pulangan. Melalui khidmat kemasyarakatan, syarikat ini menggalakkan orang ramai menggunakan SMS dan secara langsung memenuhkan kantung mereka. Pernah mendengar DAPAT (32728)? Pernah dengar program Rakan Cop dan program menghantar gambar dari telefon bimbit ke akhbar-akhbar harian? Syarikat ini kaya raya kerana menganjurkan program-program sedemikian.

Malangnya kita sebagai pengguna terpaksa menambah kredit atau membayar bil telefon bimbit kita untuk mengkayakan orang lain. Itulah akibatnya jika kita memilih untuk menjadi pengguna dan bukannya memilih untuk menjadi pengusaha!