Saturday, April 7, 2007

HARI BERSEJARAH DI RADIO IKIM.FM


Pertama kali menjejakkan kaki ke dalam konti Radio IKIM.FM agak mendebarkan. Maklumlah sebentar lagi aku akan on air! Tepat jam 9.04 malam Ustaz Zamri Zainal Abidin, Juruhebah Radio IKIM memulakan slot Duniaku Buku dan memperkenalkan aku.

Setelah bersembang di udara bersama Ustaz Zamri Zainal Abidin tidak kusedari masa berlalu begitu pantas. Rupanya rancangan selama 50 minit sudah hampir sampai ke penghujung. Aku diberikan masa untuk memberikan sedikit ucapan:

(Saya bersama Ustaz Zamri Zainal Abidin, Juruhebah Radio IKIM.FM di dalam Konti)

"Jika dicontohi junjungan besar kita Rasullullah S.A.W, Baginda juga adalah seorang usahawan. Baginda berdagang dari Mekah ke Madinah dan ke negeri Syam yang memakan masa berbulan-bulan. Hari ini manusia boleh melakukan urusniaga hanya dalam masa beberapa saat secara online. Mengapa kita tidak merebut peluang menjadi usahawan internet? Sedangkan agama kita menggalakkan kita menjadi usahawan?"

Selepas rancangan berakhir, telefon bimbitku sudah dipenuhi dengan SMS dan tidak putus-putus berbunyi dari para pendengar yang inginkan maklumat lanjut bagaimana mendapatkan buku dan menghadiri kursus "Klik Kaya Di eBay". Insya Allah maklumat buku dan kursus akan disampaikan segera kepada yang bertanya.