Wednesday, April 11, 2007

Kerani Pandu Mazda RX8!


Satu cerita menarik ingin saya kongsikan dengan anda. Anak saudara seorang sahabat telah berjaya di dalam perniagaan eBay.

Beliau seorang wanita berusia tiga puluhan dan bekerja sebagai kerani di JKR. Percayakah anda seorang kerani mampu memiliki sebuah kereta mewah Mazda RX8 yang berharga hampir RM200,000! Ya, ini kisah benar yang ingin saya kongsikan dengan anda di sini.

Menurut sahabat saya ini, pada mulanya semua orang termasuk beliau sendiri menyangkakan anak buah mereka itu tentulah seorang profesional atau paling rendah seorang pengurus. Tetapi jika pengurus pun bukanlah mudah untuk memiliki dan memandu sebuah kereta mewah.

Mengikut ceritanya, pihak majikan beliau juga pada mulanya mengsyaki beliau melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang. Masakan tidak, seorang kerani JKR boleh memiliki sebuah kereta mewah. Beliau dipanggil dan disiasat untuk mengetahui dari manakah beliau mendapat wang untuk membeli kereta mewah.

Akhirnya, semua cerita terbongkar. Beliau membuat pengisytiharan harta dan mengemukakan segala bukti yang ada bahawa sebenarnya beliau menjalankan perniagaan di eBay di luar waktu bekerja. Malah beliau juga meyakinkan majikannya bahawa perniagaan yang beliau jalankan itu sama sekali tidak menggangu tanggungjawab dan tugasnya di pejabat.

Mendengar cerita sahabat itu telah menarik perhatian saya. Sebenarnya terdapat di luar sana yang telah mendapat hasil yang lumayan dari eBay. Mereka hanya mendiamkan diri dan tidak mahu berkongsi maklumat.

Saya akan cuba menghubungi dan menjemput anak buah sahabat tadi untuk hadir berkongsi pengalaman di dalam kursus "Klik Kaya Di eBay" kelak. Jika ada rezeki peserta kursus boleh mendengar sendiri pengalaman istimewa dari silent ebayer tersebut dan mungkin boleh cuba bergambar bersamanya di samping kereta mewah Mazda RX8 beliau!