Monday, April 30, 2007

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, 2006 Di PWTC

(Aktiviti menarik di Pesta Buku)

Sekarang ini sedang berlangsung Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2006 di PWTC. Saya turut berkesempatan mengunjungi pesta tersebut yang sememangnya kali ini diadakan secara besar-besaran.

Sempat juga saya singgah ke booth Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd. Khabarnya buku Blog, Blogger, Blogging laris. Ialah, sekarang ni pun tengah heboh pasal blog. Ramai blogger yang terpaksa berhati-hati sewaktu memblogging. Ada juga khabarnya disaman dek kerana menyentuh isu-isu panas!

Rugi rasanya kalau anda tidak mengambil kesempatan mengunjungi pesta yang dianjurkan setiap tahun ini. Banyak faedahnya. Tidak semestinya anda perlu membeli buku-buku tetapi anda boleh mendapat ilmu dan pendedahan yang berguna untuk bisnes anda. Saya misalnya tidak membeli walau senaskah buku tetapi mendapat banyak idea buat bisnes! Tentunya di internet. Tidak boleh beritahu apa yang saya fikirkan. Masih rahsia...pokoknya idea bisnes yang saya fikirkan itu memang ada niche!

(Buku Blog, Blogger, Blogging)

Bagaimana pun di sini saya ingin berkongsi idea dengan anda. Saya telah ke gerai Sirim dan beberapa gerai universiti-universiti tempatan. Banyak juga katalog buku yang saya kumpulkan. Tergerak di fikiran mengapa agensi ini tidak memasarkan penerbitan mereka di internet? Khabarnya banyak juga stok yang masih disimpan tidak laku!

Apa kata kalau kita pakat buka satu laman web jual semua penerbitan-penerbitan dari UM, UKM, UPM dan lain-lain supaya seluruh dunia boleh mendapatkannya secara online?