Sunday, April 8, 2007

OH! I.S.A!

Perkhabaran terbaru yang ku terima pada 6 April amat memeranjatkan. Seorang bekas kawan sepejabat yang juga seorang jurutera awam yang sama-sama bertugas di syarikat lama telah ditangkap dan ditahan di bawah I.S.A.

Isteri kawan tadi menemui seorang lagi kawan dan memaklumkan perkara ini. Atas kesalahan apa masih belum jelas.

Kawan yang seorang ini memang terkenal hebat dengan kepakarannya sebagai penggodam sistem komputer tetapi rasa-rasanya tidak mungkin atas kesalahan itu beliau ditahan di bawah I.S.A. Saya hanya boleh menduga mungkin kerana bahana menyalahguna kebebasan bersuara melalui blog atau forum di internet yang mungkin menyentuh rahsia kerajaan. Sementelah sejak kebelakangan ini banyak sangat ahli-ahli politik yang panas punggung dek gara-gara berita-berita yang disebarkan melalui blog.

Saranan saya semoga beliau tabah dan bertenang. Kepada keluarga beliau saya mendoakan dan berharap agar tenang dan bersabar menempuh dugaan itu. Berdoalah kerana Allah s.w.t mendengar dan memakbulkan doa orang-orang yang teraniaya.